Thursday, April 3, 2008

Mutiara Kata

  • Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
  • Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
  • Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
  • Kalau hidup ingin merdeka,Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita,Melemparkan jauh jiwa hamba.~Usman Awang
  • "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan."~Surah al-Hajj:77
  • "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan"~Surah Yusuf:18
  • Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
  • Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan.~Davey John Schwartz
  • "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan."~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
  • "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki."~Profesor Diraja Ungku Aziz
  • Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
  • Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
  • Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
  • Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
  • Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.~ Saidina Ali Abu Talib .
  • Sabda Rasulullah s.a.w:"Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
  • Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
  • Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.
  • Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
  • Kekitaan yang erat tiada yang berat.
  • Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
  • Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR.
  • Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
  • Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
  • Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati